Other Page :

Wednesday, December 29, 2010

Sony EMCS tinggal kenangan

Tanggal 27 Dis,sehelai kertas ucapan ku berikan kepada mereka atas sebab 'resigned'.
Namun ia bukan terminasi bagi perhubungan aku dengan mereka.
Sedikit kata telah dileraikan bagi mengakhiri episod pekerjaan ku dan sambutannya 
diraikan dengan berkonsepkan kesederhanaan yang telah dijamukan dengan 8 keping pizza bersaiz besar.
Thank you boss!!!

Semangat mereka tidak diluputkan demi menghidupkan sambutan perpisahan itu.
Hindaran mereka supaya berkelakuan 'cool' tidak dinafikan lagi hanya lakonan semata-mata.
Biar hati sendiri tahu asalkan tidak nampak dimuka, tapi apakan daya sayu hati sukar disembunyi bahkan senang untuk beremosi.

Semoga persahabatan kita tidak dilupakan dan sentiasa berkekalan hingga selamanya.
Segala kekurangan harap diampunkan dan kesalahan harap dimaafi. 
Tidak lengkap cerpen hidup kita jika tiada keampunan atas kesalahan, tangisan dan kegembiraan, kekecewaan dan kejayaan serta permulaan dan pengakhiran.

Pesanan terakhir dari ku, sentiasalah bersabar ketika bekerja jangan berputus asa dan cuba perbaiki hubungan sesama kalian kalau boleh buang segala sifat dengki, amarah, putus asa, riak, sombong, biadap dan lain-lain. Pasang niat dihati bahawa aku bekerja ikhlas kerana Allah SWT, insyallah segala urusan kita akan  dipermudahkan dan rezeki kita diberkati.
Assalamualaikum..


Sahabat,
Ada masa kita sabar diuji mehnah
Kadang-kadang kita kalah dilanda fitnah
Iman pasang segala rintangan jadi mudah
Iman surut segalanya payah utk diredah
Kadang-kadang kita redha
Kadang-kadang kita sukar membugar pasrah
Jalan hidup sukar diteka
Senang tak bermakna hujungnya bahagia
Sukar tak beerti selamanya derita
Antara sabar dan keluhan, seperti tiada beza
Tapi indahnya jika kita tahu
Bahawa kepahitan itu, penawar terbaik utk racun berbisa
Tapi kadang-kadang kita lupa
Kerap kali kita alpa
Sedang kita mafhum
Tiada yang lebih berkuasa melainkan DIA
~Ukhuwwah fillah abadan abada~

No comments:

Post a Comment