Other Page :

Wednesday, May 27, 2009

Menghitung Hari

Tiap-tiap hari aku menanti disetiap detik waktu.
Kebosanan menanti sering menemaniku.
Hidup yg tiada erti lagi bagi diriku.
Menunggu panggilan yg gembira disuatu hari buatku.

Isnin,selasa,rabu,khamis,jumaat,sabtu dan ahad.
Bergerak dengan satu rutin yg sama.
Jua tiada penat dan lelah.
Tiada jua dalam diriku rasa dan perasaan.

Menghitung hari menjadi satu kerja.
Yang tiada bermakna buat sesiapa.
Masa demi masa berlalu melangkaui dunia.
Tiada berganti dan tiada semula.

Khairul Haziq
Menghitung Hari
2009





Sunday, May 24, 2009

Yesterday

Sorilah aku lambat hantar post.
Sepatutnya aku hantar semalam.
Tak kisah la kan.

8.00am :
Aku pergi ke Sek.Men.Teknik Kuala Lumpur dengan jiran
dan kengkawan sebab ada karnival.
Kawan aku paksa aku pergi juga sekolah dia tu.
Karnival yang paling bosan pernah aku datang.
Tapi ada satu je yang best kitorang main paintball.
Haha..

2.00pm :
Aku dengan kengkawan aku tadi pergi makan nasi minyak.
Kenduri kahwinlah..Kawan aku,Nani punya abang yang kahwin.
Memang best makan free tapi yang tak best nye bila aku nampak
ada 2orang makhluk ni.Poyo sial..
Nani nampak cantik hari itu.hehe..

3.00pm :
Lepak depan rumah Haziq je.Kitorang main gitar dan
memekak-mekak sambil menungggu mak haziq yang
lambat balik.

3.30pm :
Aku balik rumah,tengok tv,dan tidur.

9.00pm :
Aku dengan kengkawan lepak kat maple IBM kat giant prima tu
Kawan aku belanja da.haha..

10.00pm :
Kitorang lepak kat RIM,restoran mamak juga la.
Irfan belanja hisap shisha.haha..
Dah dia belanja jadi kena ikut dia lah nak perisa apa.
Kitorang lawan siapa yang paling banyak hembus asap keluar.
Pemenangnya adalah Hadi.

12.00am :
Lepak depan rumah.
Semua dah penat.haha..semabang2 kosong je.

4.00am :
Balik rumah dan tidur.

Saturday, May 23, 2009

Malu,bengang,bising,menyampah..

Semalam aku jam kat kajang.
Menyampah betul sebab tak dapat main dengan perfect.
Dah lah aku main pon hancur.
Kenapa??

Arghh..kebetulan pulak time kitorang jam tu ada budak ini.
Aku tak suka dia ada sebab aku tak suka dia.haha..
Dia suka kata belakang pastu kutuk orang.
Baget dia perfect sangat ke.
Tak payahlah aku sebut nama dia.

Dah lah ada budak2 band lain tengok kitorang jam.
Segan betol.Menyebok jelah diorang ni.
Band2 yang gempak pulak tuh salah satunya Dichi Michi.
Ergghh..Sogan gile bab*.

Masalah nya lagu yg diorang nak main tu drum dia susah la.
Banyak main teknikal ngan double paddle.
Susah3.

Men macam cibai satu hal.
Pastu bising gile aku pon tak dengar sound guitar.
Jam minggu lepas lagi perfect.



Thursday, May 21, 2009

Best Movie

Aku suka tengok cerita ini,minggu lepas keluar kat channel HBO.
Tajuknye 'The Assassination Of Jesse James' watak utama
dalam cerita ini dibintangi oleh Brad Pitt sebagai Jesse.

Jalan ceritanya yang menarik dari awal hingga akhir.
Walaupun banyak kali aku tengok tapi ia tak membosankan.
Sampai sekarang aku rasa nak tengok lagi cerita tu.

Menceritakan kisah di zaman koboi.haha..
Jesse ni jahat orangnya.Orang kerajaan suruh Robert bunuh dia.
Tapi bila dia dah mati orang rasa rindu pulak kat dia.

Haha..Pastu dorang kata Robert ni pengecut sebab cara dia bubuh Jesse tu..
Korang nak tau cerita ini korang tengok lah.
Mungkin korang rasa bosan cerita ini tapi ianya tak bagi aku.

Sunday, May 17, 2009

Mewah!!

Malam semalam aku lepak ngan member aku kat maple biasa la.
Balik tu kitorang main poker depan umah kawan aku.
Rumah dia depan rumah aku je.haha..
Then,main gebang pulak pakai kad trup juga la.

Selepas beberapa pusingan kitorang dah mula bosan.
Pastu kawan aku ajak main ps lawan bola la.
Dia kata jangan terkejut bila masuk bilik dia.
Dah lame gak aku tak masuk rumah dia.

Wahh..transformasi yang sangat besar dalam bilik tu.
Dilengkapi dengan pintu kedap bunyi dan set home theater 360.
Pastu kat dalam bilik itu ada tv plasma,ps3,guitar hero drum and guitar controllers,
camera nikon d80,camera cybershot,laptop,vcd and dvd cakera yang banyak.

Macam2 la ada..mewah betul hidup dia.Sejak kecil lagi dia
dibesarkan dengan serba kemewahan.Sebenarnya ia tak berapa bagus.
Sebab anak itu sukar menguruskan dirinya sendiri bila sudah besar nanti.
Ajarlah anak-anak cara hidup susah sejak kecil serta didikan agama kerana ia
membuatkan anak itu lebih berfikiran matang nanti dan beriman..




Tuesday, May 12, 2009

Kejadian yang nyata di dalam al-Quran

Peristiwa besar dalam Al-Quran Oleh Nasrullah Rahimam@hmetro.com.my
APABILA ulama Mesir, Dr Zaghlul Najjar, tampil menerangkan kejadian runtuhan World Trade Center (WTC), New York pada 11 September 2001 sudah dibayangkan al-Quran, penduduk dunia, termasuk umat Islam sendiri berasa takjub.
Ini kerana tiada siapa pun termasuk perisik Amerika Syarikat sendiri gagal menjangka pesawat akan digunakan sebagai ‘senjata’ bagi meruntuhkan bangunan lambang kemegahan negara berkenaan.
Mengikut kajian Dr Zaghlul, runtuhan WTC turut mencatatkan sejarah hitam bagi Amerika seolah-olah digambarkan menerusi ayat ke 110 Surah at-Taubah dalam al-Quran.Ayat itu bermaksud: “Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka, kecuali bila hati mereka itu sudah hancur. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
Kajian mendapati beberapa fakta mengenai kejadian runtuhan WTC mempunyai kaitan dengan ayat berkenaan antaranya bangunan WTC setinggi 110 tingkat dan peristiwa itu berlaku pada bulan kesembilan Masihi (September) manakala ayat al-Quran berkenaan adalah ayat ke- 110 dari surah kesembilan (at-Taubah).
Persamaan lain, ia berlaku pada 11 haribulan manakala ayat berkenaan berada dalam juzuk ke-11 dan peristiwa berlaku pada 2001 manakala huruf terakhir ayat adalah huruf ke- 2001.

Penjelasan Dr Zaghlul itu meyakinkan umat Islam bahawa isi kandungan al-Quran benar-benar memiliki rahsia tersendiri mengenai kehidupan manusia secara jelas atau memerlukan kajian mendalam.

Hal itu diakui Allah menerusi firman-Nya: “Inilah ayat-ayat al-Quran yang mengandungi hikmah.” (Surah Yunus, ayat pertama).Ayat lain daripada surah al-Hijr, juga ayat pertama bermaksud: “(Surah) ini adalah (sebahagian daripada) ayat-ayat al-Kitab (yang sempurna) iaitu (ayat-ayat) al-Quran yang memberi penjelasan.”

, misteri yang terkandung dalam ayat al-Quran membuktikan kitab suci dan mukjizat terbesar dikurniakan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w itu bukanlah rekaan manusia.

Sebaliknya, penemuan itu seharusnya menambahkan keimanan umat Islam bahawa ayat al-Quran datang daripada Allah s.w.t sepertimana firmannya dalam surah as-Syu’araa’, ayat ke-192: “Dan sesungguhnya al-Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam.”

Selain menunjukkan bahawa al-Quran diturunkan Allah menerusi ayat pertama dari surah al-Qadr iaitu: “Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar.”

Peristiwa runtuhan bangunan WTC tiga tahun lalu bukanlah gambaran pertama al-Quran mengenai sesuatu peristiwa yang bakal terjadi pada masa akan datang.

Sebaliknya, kitab suci itu dikatakan sudah menggambarkan mengenai kebangkitan kembali bangsa Rumawi selepas dikalahkan bangsa Persia dalam peperangan pada tahun 614.

Selepas berakhirnya peperangan berkenaan, turunlah ayat pertama hingga keempat dari surah ar-Rum menyatakan bangsa Rumawi akan kembali menang dalam tempoh beberapa tahun.

Kemenangan bangsa Rumawi terhadap bangsa Persia itu kemudiannya benar-benar terjadi kira-kira lapan tahun kemudian seperti yang diramalkan al-Quran.

Selain gambaran mengenai peristiwa yang bakal berlaku pada masa akan datang, kajian isi kandungan al-Quran juga menunjukkan yang kitab suci itu mengandungi pelbagai ilmu yang melampaui zaman ia diturunkan.

Ini kerana pada zaman al-Quran diturunkan iaitu pada abad keenam, masih belum ada kajian sains mengenai alam semula jadi yang dilakukan menyebabkan masyarakat masih belum mengetahui mengenai ilmu sains dan teknologi.

Kajian mengenai pelbagai rahsia alam bermula kira-kira abad ke-19 dan ketika itulah didapati bahawa segala fakta sains yang ditemui adalah selaras dengan maklumat asas daripada al-Quran.

Antara fakta sains yang ditemui dan terdapat dalam al-Quran adalah semua cakerawala bergerak secara terapung (Yaasiin: 40), bumi bergerak (An-Naml: 88), pokok menghasilkan bahan bakar (Yaasiin: 80), atom adalah benda terkecil (Yunus: 61) dan semakin tinggi semakin sukar bernafas (Al-An’aam: 125).

Fakta lain adalah semua makhluk berpasangan (Adz-Dzaariyaat: 49), proses kejadian manusia (Al-Mu’minuun), kegunaan besi (Al-Hadiid: 25) dan langit yang terkawal (Al-Anbiyaa’: 32).

Selain itu, kajian lain yang dijalankan bagi mencari keajaiban al-Quran mendapati bahawa jumlah sesetengah perkataan berbahasa Arab di dalam kitab itu adalah saling berlawanan.

Antara perkataan berkenaan adalah; dunia yang disebut sebanyak 115 kali manakala akhirat yang turut disebut sebanyak 115 kali, malaikat dan syaitan (88 kali), hidup dan mati (145 kali), faedah dan kerugian (50 kali), kesusahan dan kesabaran (114 kali) serta lelaki dan perempuan (24 kali).

Perkataan lain adalah ummah dan penyampai (50 kali), iblis dan memohon perlindungan daripada iblis (11 kali), musibah dan bersyukur (75 kali), bersedekah dan berpuas hati (73 kali) serta zakat dan berkat (32 kali).

Golongan muslimin dan jihad (41 kali), orang yang sesat dan meninggal dunia (17 kali), emas dan kemurahan hidup (lapan kali), keajaiban dan fitnah (60 kali), minda dan nur (49 kali), lidah dan sumpah (25 kali), nafsu dan ketakutan (lapan kali), bercakap di khalayak ramai dan berdakwah (18 kali).

Jumlah perkataan lain dianggap ajaib dijumpai adalah solat (lima kali), bulan (12 kali), tahun (365), lautan (32 kali) dan daratan (13 kali).

Jumlah lautan dan daratan ini apabila ditukar dalam bentuk peratus bersamaan dengan jumlah sebenar kawasan laut dan darat yang terdapat di dunia ketika ini iaitu 71.111 peratus dan 28.889 peratus.

Misteri dan rahsia yang terkandung dalam al-Quran seharusnya meyakinkan umat Islam bahawa agama Islam adalah agama yang benar selaras dengan rukun iman ketiga iaitu beriman terhadap kitab-kitab Allah.

Sunday, May 10, 2009

my beloved mother


Hari ini merupakan hari yang paling bermakna bagi semua kaum ibu di dunia ini.
Untuk ibu aku yang tercinta,Norma binti Ahmad..aku nak ucapkan selamat hari ibu.
Kerana dia telah membesarkan aku dengan sepenuh tenaganya untuk
meluahkan kasih sayangnya kepadaku dan melayani semua kerenah aku.

Friday, May 8, 2009

Hampir Kemalangan.

Semalam aku ngan kawan aku keluar lepak kat hamid dalam metro kajang.
Kitorang keluar pakai baju warna hitam.Sempena ngan kempen bersih
'1BLACK Malaysia' hahaha..
Korang tahu ke kenapa??
Sebenarnya dekat perak kan ada kemelut sedikit.
Tapi kitorang bukannya nak join protes tuh pon.
Saja2 je pakai baju hitam xboleh??


Cerita hari ini:
Aku bersyukur sangat2 ke atas Ilahi kerana telah menyelamatkan aku
daripada terjadinya kemalangan ke atas diriku petang tadi.Alhamdulillah...

Jantung aku berdenyut kencang apabila hampir dilanggar oleh sebuah
kereta proton Gen-2 hitam di simpang depan metro inn kajang.
Kehadiran kereta itu tak disangka lalu memecut laju sebaik sahaja aku cube melintas jalan itu.
Aku pon cuba tuk memberhentikan motor aku tapi sudah terlajak ke tengah jalan
Aku dah tercengang melihat kereta tanpa berbuat apa2.(sempat mengucap awal2)
Atas perlindungan-Mu Ya Allah,kereta itu sempat membrek dengan serta-merta.
Aku pon telah selamat daripada berlaku sebarang kejadian buruk ke atas diriku.
Aku sekali lagi bersyukur kepada-Mu Ya Allah!!!!Alhamdulillah...



Wednesday, May 6, 2009

Hari ini dalam sejarah

Haha..tittle nak gempak je kan.
Emm..search nanti ada buat konsert besar jelajah negara.
mungkin itu konsert terakhir dorang yang besar lah.

Amy search tu semenjak dia balik dari mekah dah banyak berubah.
muka dia pon dah nampak suci kan pastu ada tanda hitam kat dahi dia.
wah..kuat sembahyang ni.

Pastu die banyak join konsert amal.
Banyak feat ngan rabbani.
korang tahu idola dia siape???
Die menjadikan Tok guru kite sebagai idola dia.
Siape lagi Dato' Nik Aziz lah.
Bagus-bagus..

Semuge artis-artis malaysia yang lain mencontohi die lah.
Tak payah pakai baju tak cukup kain tu tapi harga mencekik darah.
Tak macam rosnah mat aris ni dak pergi haji.
Tapi balik malaysia lagi teruk adalah,rambut pendek macam lelaki.
Pastu pernah dalam rancangan sensasi kat tv3 dulu die hina isteri nabi kita,Siti Khadijah.
Dah lah pakai botox nak jadi anak muda konon.

Sedarlah weyh selagi pintu taubat masih terbuka.
Walaupun kita tidak pernah menyembah-Nya tapi Allah tetap sayangkan kita.

Tuesday, May 5, 2009

kesian..

Petang sabtu lepas,aku kuar lepak ngan kengkawan kat maulana prima.
Time kitorang perjalanan balik tiba-tiba ada satu kemalangan motor sebelah aku
tapi motor tu dari arah bertentangan.

Betul-betul motor tu accident sebelah aku.
Aku nampak macam mane dorang jatuh.Sian..
Rupa-rupanya salah sorang daripada mangsa adalah kawan aku.
MasyaAllah hai! Die lagi yang accident.
Dulu die pernah kemalangan sampai kena masuk besi kat kaki.

Yang menghairankan aku ni kejadian yang berlaku di tempat sama.
Tapi nasib baik cuma cedera ringan je.
Dulu motor die patah fork tapi nasib baek kali ni cuma fork lari je.

Lagi pon salah die jugak..mungkin die tak perasan ada motor kat depan.
Pastu dia terperasan kitorang then tersondol la orang depan.
Pastu orang depan pon sound dia.sian gile..

Aku ngan kengkawan pon tolong lah die.Pastu motor die pon kena tendang masuk bengkel.

Saturday, May 2, 2009

Bukan rezeki aku

Semalam lepas aku balik sembahyang jumaat je aku pon terus
check upu.Malangnye aku takde rezeki untuk panggilan petame ni.
Aku pon terus wat rayuan secare online.

Aku kol paklong aku tuk dapatkan pandangan die
pastu kol pakcik aku yg lain pulak,juge sebab nak dapatkan pandangan dorang.
Aku tau member2 aku tengah tunggu aku kat ayza.
Sorry sesangat weyh sebab tak dapat turun lepak ngan korang.

Hmm..harap2 lah rayuan aku diterima.Kalau boleh nak uitm lah kan.
Yang penting sekarang ni redha jelah kan.

Tak dapat upu satu hal,pastu kesihatan aku pulak kurang baik semalam.
Aku demam semalam tapi alhamdulillah hari ni dah makin sehat.
Kalaulah aku sihat hari ni dah lame aku ikut member aku gi KL.hmm..