Other Page :

Friday, December 24, 2010

Siapa kita di kalangan mereka??

Kita sering berdebat bukan untuk mendapat pangkat tetapi untuk menekan ruang yang tidak mampat.
Kebenaran sering dikaitkan dengan kemunduran bahkan diperlekehkan.
Yakinnya,kebenaran pasti dapat ditegakkan tanpa rasa takut dan gentar kepada musuh.
Rasa takut inilah yang akan menjatuhkan semangat dan perjuangan kita.
Jangan kita berasa lemah dimata mereka tetapi perlu menjadi permata bukan kaca. Kerana hanya permata yang boleh membelah kaca dan tidak mungkin kaca boleh membelah permata.

Mungkin ada sesetengah yang bersikap tidak endah dengan perkara disekeliling mereka dengan hanya mementingkan diri sendiri. Pernahkah mereka terfikir sekiranya mereka dihiraukan orang disekeliling mereka??
Apa perasaan pada waktu itu?? baru tahu bahawa bumi dan manusia sama??
Jadi jangan terlalu egois dengan orang lain. Allah ciptakan manusia ini sama sahaja tiada yang lebih dan kurang.
macam orang selalu kata "nobody is perfect"

Dengan itu, perihatin dengan semua yang berlaku termasuklah dengan kehidupan orang lain.
Jangan sering berkata "itu hak mereka biarlah!!", "biasalah manusia", "lantaklah mereka"
Mengapa perlu bersikap demikian?? bukankah Allah menyuruh kita saling nasihat-menasihati dan tegur-menegur?? Untuk apa Allah berpesan kalau benar ia bukan sikap manusia yang lebih suka mementingkan diri.
Allah Maha Mengetahui..Dia tahu segalanya..

Perlu ke kita tidak menyalahkan sesetengah pihak?? demi kebenaran yang sepatutnya ditegak??
oleh kerana jahilnya kita maka ada yang kata "hal ini harus dilihat pada individu masing-masing"
Betulkah kita harus bersikap selfish?? Bukankah kita disuruh untuk saling nasihat-menasihati antara satu sama lain dan bekerjasama itu bukankah lebih baik??
Yang kaya bantu yang miskin, yang kuat bantu yang lemah, yang diri bantu yang jatuh.
Hal ini dapat membantu memperbaiki diri kita sekaligus mengeratkan hubungan sesama manusia.


Buang yang keruh ambil yang jernih.Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
Kalau beginilah sikap kita percayalah kita akan ketemu kejayaan agama,bangsa dan negara akhirnya.
Tetapi sebaliknya yang paling menyerlah berlaku sekarang.Masyallah..
Renung-renungkanlah dan selamat beramal.

Sebaik-baik manusia itu, adalah yang terlebih baik budi pekertinya dan yang lebih bermanfaat bagi manusia.

No comments:

Post a Comment