Other Page :

Sunday, December 6, 2009

Away for a few times.

Gua keje lah sekarang nih dekat parkson kajang.
Jadi promoter tuk brand canggih.
Datang lah beli banyak2.haha..

Mungkin aku jarang tulis kat blog aku lah.
korang jangan putus baca blog aku eh!!
Support each other okeay?
Oke lah tu saja lah aku post arini.

Sunday, November 22, 2009

Sate Kajang

Kitorang kalau dah makan sate tak ingat dunia.
haha..sedap kan tengok lah asal dari mana??
kajang jugak.haha..

Tadi aku makan sate hampir 40cucuk.
konyang nye perut.alhamdulillah..

Saturday, November 21, 2009

Physics oh physics..kenapalah kau

Pagi tadi aku mesej ngan miss.Sue,my physic lecturer
Aku nak tanye pasal physics aku final exam
Pi die kate its secret so aku tepakse la wait till result keluar.
Aku mesej die pon sebab aku takut kawan aku kate
paper physics ramai fail.

Tapi ms.Sue kate dont worry i know u can do it.
just pray and relax lah time cuti ini puas2.
nanti nak sambung blaja kan?
Kate2 die dah mmbuatkan aku lega.
Tak payah nak risau lagi dah.

InsyaAllah dengan usahe yg aku buat selama ni.
mendatangkan hasil yg baik kepada ak sendiri.
Before exam physic aku hanya tido 1jam saje.
Bangun2 dah kena prepare ke dewan exam.

Tak tahu lah kenapa paper physics ni special sikit.
Memang best blaja subject ni tapi soklan die boleh bla lah.
Hahaha..

Birthday miss.Sue 26hb ni tau..ingat!

Wednesday, November 11, 2009

Saturday, September 26, 2009

Dari Jauh

Awek haziq tadi datang dari jauh sebab nak beraya umah haziq.
Bapak laa..datang dari terengganu bhai..
Best lah mak bapak kasi bawak awek datang umah kan.
Si mimin cam biasa lah bawak muz.
Haziq ngan awek dia pergi beraya umah harith.
Aku lepak ngan muz jelah.

Saturday, September 19, 2009

Raye,raye,dan raye.

Tiap-tiap taun kite raye.
Tapi ntah lah taun ni aku rase bosan sangat nak raye ni.
Macam takde mood je nak raye la.
Time dekat hostel bukan main lagi.
Rase tak sabar nak balik umah.
Tapi bile da sampai umah rase cam..??
ntah lah aku pon tak tau nak ckap cam ne.

Rindu plak nak pose kat hostel doe.
Sahur awl2 pagi tepekik kejut org bangun sahur.
Pastu bukak pose ngan kengkawan.
Hah...sume tu dah berlalu.
Yg dah berlalu tu biarlah ia pergi.

Taun ni nak bli baju raye pon tak smangat.
nape weyh???Sok nak raye ni.
Aduhh..bose..bose.
Tp member2 aku yg dr jauh mesti best kn nak blik umah.
Sbb dorang nek bas tak pon kretapi.
Komfem syok gile nak blik raye.
Saing2 aku yg dok qlate sumo.
Tok saba2 nok kelik qlate nuh.
Ape2 pown aku nak mohon ampun skirenya terbuat dose
kat korang sume.
Yg dah lepas tu lepaskn jela yea.
Jgn disimpn di dlm hati.

Lastly,i wants to wish
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir&Batin


Saturday, August 15, 2009

Friday, July 31, 2009

Taklimat Jutawan

Tadi aku gi taklimat kat cheras ni.
Pasal buisness siber.
Yela zaman dah berubah dunia dah maju la katekan.

Penceramah tuh kata kita boleh dapat rm20k sebulan.
mesti korang tak percaya kan?
aku pon sebenarnya.
Yela keje duk umah jew tapi gaji dah lumayan.

Cam sial gak lah dah ramai jadi jutawan.
Kereta stock bmw jew nak pakai.
Haha..biarlah diorang.

Anyway..money is not everything but everything needs money.


Wednesday, July 29, 2009

Monday, July 27, 2009

Kebosanan.

Mula2 bile dengar uitm cuti jew wow! melompat.haha~
Tapi bila dah sampai rumah jew ntah lah nape bosan sangat huh?
Tak tahu nak buat ape.
Tengok tv?online? sume tuh dah bosan.
Lagi best study kowt.haha~

Tapi betul lah study ramai ni best dowh.
Lau duk umah kena study sorang2.
Kompem xstudy kowt.

Tepakse lah aku carik kerja daripada takde kerja
nak di buat kn?

Friday, July 24, 2009

Nape UiTM???

kenapa H1N1 suka kat budak2 uitm huh???
haha..
memang la best dapat cuti seminggu.
tapi nanti mid-term break tak ada la.
siot jew..
Asal tak tembak jew babi2 jijik tuh.
tak lah menyusahkan orang lain.
haish..

Saturday, July 4, 2009

UiTM Kuala Pilah,Nogori 9

Uitm kuala pilah yg aku duduk nih baru lagi.
kampus ni baru bukak tahun nih.
Kira kitorang orang pertama la yg menetap disitu.
Memang la best sebab semua kemudahan baru lagi kan.
Kata student pertama kan.
So,banyak gak la benda free.
Haha.ala..subsidi kerajaan kan banyak.

Tapi yg kurang best ni sebab kitorang takde senior.
So,payah gak la nak hidup.
haha..
Kena lah berdikari sendiri.
Time hari jumaat kitorang sembahyang jumaat
bersama-sama dengan mufti negeri sembilan.

Friday, July 3, 2009

Semangat puak yang kuat!

Dekat kampus aku memang banyak student yg datang
dari negeri kelantan dan terengganu.
Maklumlah uitm kan lebih utama kan orang dari luar bandar.
Aku seorang je yg dari kajang.
Haa..bosan jugak la kan.

Budak2 kelantan ni memang la best kan.
Tapi diorang ni bila dah sekelompok memang tak best.
sebab diorang ni akan ada semangat kelantan tu yg kuat tau.
Bapak la menyampah tol aku.
Kebanyakan member aku dari KL ngan selangor an.
Rimas ngan dak2 kelantan nih.

Diorang ni kalau dah jumpa kelompok diorang memang tak ingat kawan.
Sial je perangai diorang nih.
Pastu kalau dah pergi negeri orang nih.
Kena lah cakap longhat sini kan.
Tapi diorang nih kalau boleh nak orang sini yang kena cakap dalam
longhat diorang yg tak paham tuh.
Bapak lah bengang aku nih.
Fuhh..
Sabar jela kan.

Saturday, June 27, 2009

Last post before going to UiTm

Aku tak tahu nak kata apa la.
Aku harap dapat kengkawan yg baik2.
Hanya tinggal lagi beberapa jam shj sebelum
aku bergerak ke uitm kuala pilah.
ha..

Harap2 dapat terima semua perkara di sana.
Tak ada perkara buruk yg akan berlaku.
Semoga aku lebih bersemangat tuk tingkatkan
pelajaran aku yg lemah ini.

Macam2 perasan ada sekarang ni.
haha..tak tahu nak cakap macam mana.

Tuesday, June 16, 2009

Jagoh futsal

Bola Kampung
Bermula apabila seorang peserta yang tiba awal pagi kerana tak sabar
nak lawan futsal.

Setelah kawan dia telah datang mereka memerhatikan kawasan padang
yang akan dimasuki mereka tuk menentang pasukan lawan mereka.
Apabila perlawanan baru sahaja bermula,kami mula agresif tuk
mengalahkan pihak lawan sehinggalah ke peringkat akhir.

Akhirnya kumpulan futsal kami menjuarai perlawanan ini
Yeahh..

Kami menerima sebuah hamper,trofi,dan sijil sebagai hadiah.

TAMAT





Friday, June 12, 2009

Berlakon

Tadi aku berlakon tuk assignment kawan aku,Zul.
hahaha..kelakar dowh.
Asyik kantoi je.
Aku membawa watak sebagai perompak.
Aku kena acu pisau kat mangsa rompak tu,Arep.
haha..
Memang best belakon free.
huhu~

Crows Zero(yakuza)

Cerita pasal pergaduhan pelajar sekolah di Jepun. Juga menceritakan tentang kumpulan jahat Yakuza.
Memang best cerita ini rugi kalau tak tengok.
Aku dah tengok episod 1&2.
Episod 2 baru je keluar wayang kat jepun.
kat malaysia belum lagi tapi aku dah tengok.

Wednesday, June 10, 2009

Tandas misteri

Malam semalam aku keluar dengan zul,faiz dan arif.
Zul yang ajak sebab nak buat assignment die.
Kitorang start dekat station minyak sebelah highway Lekas Kajang.
Mula2 kitorang snap2 pic lain dulu.
Then buat assignment dia lah.

Kitorang mula2 nak buat cerita pasal seorang pemandu ni
singgah kat station minyak tu tuk buang air kecil.
Then kawan aku yang jadi pelakon tu.
Kononnya tandas tu seram la.
Time die basuh tangan kononnya paip sebelah dia terbuka sendiri.
Tapi time kitorang snap je pic tu.
Tetiba mangkuk yg tuk kencing berdiri tu flush dengan sendirinya.

Apa lagi lintang-pukang la kitorang cabut.
haha..Arif lah yang menakutkan kitorang sebab dia gi menjerit apahal.
haha..
Fuhh..dah lah belakang toilet tu hutan.
Paham2 la.

Monday, June 8, 2009

Kapan.

Hmm..tetibe pula rasa nak jamming la.haha..
Tapi duit tak ada pulak.
Sangap betul nak ketuk drum tu.
Tapi bosan la asyik main lagu sama je.

Nak main lagu baru tapi kat laptop aku ni tak ada guitar pro.
Tak boleh lah nak prepair lagu baru.
Hmm..
Nak install tapi tak ada CD die.

Aku nak juga test main kat bangi ke KL ke.
Asyik jamming kat kajang je.
Dahlah drum die tak best.
Cam tut..haha.

Sunday, June 7, 2009

Kahwin malam.

Baru balik dari kenduri kahwin kat dewan RISDA.
Kat jalan Ampang.
Emm..bosan sikit lah.

Nak cerita apa ha?
emm..diorang kahwin malam.
Rasanya ini first time aku pergi kenduri kahwin malam.
Selalunya orang kahwin siang kan?
Mungkin hari ahad diorang nak rehat kot.
Ntah lah.

Friday, June 5, 2009

Outing

Semalam keluar KL dengan kengkawan.
Aku nak carik kasut je.
Turun tempat sama jela.
Bosan bosan bosan..

Macam biasa la kan mesti ada member yang buat hal kan?
Tula yang aku rasa bosan je turun KL.
Tapi time kitorang lepak kat rooftop.
Ijat order air ape ntah nama.

Tulis non alcohol kitorang pon minum la.
Pastu dia kata ada alcohol sikit.
BABI BETOL..
Tapi kitorang tak tahu time minum tu..
Harap2 Allah ampunkan kesilapan kitorang.

Wednesday, May 27, 2009

Menghitung Hari

Tiap-tiap hari aku menanti disetiap detik waktu.
Kebosanan menanti sering menemaniku.
Hidup yg tiada erti lagi bagi diriku.
Menunggu panggilan yg gembira disuatu hari buatku.

Isnin,selasa,rabu,khamis,jumaat,sabtu dan ahad.
Bergerak dengan satu rutin yg sama.
Jua tiada penat dan lelah.
Tiada jua dalam diriku rasa dan perasaan.

Menghitung hari menjadi satu kerja.
Yang tiada bermakna buat sesiapa.
Masa demi masa berlalu melangkaui dunia.
Tiada berganti dan tiada semula.

Khairul Haziq
Menghitung Hari
2009





Sunday, May 24, 2009

Yesterday

Sorilah aku lambat hantar post.
Sepatutnya aku hantar semalam.
Tak kisah la kan.

8.00am :
Aku pergi ke Sek.Men.Teknik Kuala Lumpur dengan jiran
dan kengkawan sebab ada karnival.
Kawan aku paksa aku pergi juga sekolah dia tu.
Karnival yang paling bosan pernah aku datang.
Tapi ada satu je yang best kitorang main paintball.
Haha..

2.00pm :
Aku dengan kengkawan aku tadi pergi makan nasi minyak.
Kenduri kahwinlah..Kawan aku,Nani punya abang yang kahwin.
Memang best makan free tapi yang tak best nye bila aku nampak
ada 2orang makhluk ni.Poyo sial..
Nani nampak cantik hari itu.hehe..

3.00pm :
Lepak depan rumah Haziq je.Kitorang main gitar dan
memekak-mekak sambil menungggu mak haziq yang
lambat balik.

3.30pm :
Aku balik rumah,tengok tv,dan tidur.

9.00pm :
Aku dengan kengkawan lepak kat maple IBM kat giant prima tu
Kawan aku belanja da.haha..

10.00pm :
Kitorang lepak kat RIM,restoran mamak juga la.
Irfan belanja hisap shisha.haha..
Dah dia belanja jadi kena ikut dia lah nak perisa apa.
Kitorang lawan siapa yang paling banyak hembus asap keluar.
Pemenangnya adalah Hadi.

12.00am :
Lepak depan rumah.
Semua dah penat.haha..semabang2 kosong je.

4.00am :
Balik rumah dan tidur.

Saturday, May 23, 2009

Malu,bengang,bising,menyampah..

Semalam aku jam kat kajang.
Menyampah betul sebab tak dapat main dengan perfect.
Dah lah aku main pon hancur.
Kenapa??

Arghh..kebetulan pulak time kitorang jam tu ada budak ini.
Aku tak suka dia ada sebab aku tak suka dia.haha..
Dia suka kata belakang pastu kutuk orang.
Baget dia perfect sangat ke.
Tak payahlah aku sebut nama dia.

Dah lah ada budak2 band lain tengok kitorang jam.
Segan betol.Menyebok jelah diorang ni.
Band2 yang gempak pulak tuh salah satunya Dichi Michi.
Ergghh..Sogan gile bab*.

Masalah nya lagu yg diorang nak main tu drum dia susah la.
Banyak main teknikal ngan double paddle.
Susah3.

Men macam cibai satu hal.
Pastu bising gile aku pon tak dengar sound guitar.
Jam minggu lepas lagi perfect.



Thursday, May 21, 2009

Best Movie

Aku suka tengok cerita ini,minggu lepas keluar kat channel HBO.
Tajuknye 'The Assassination Of Jesse James' watak utama
dalam cerita ini dibintangi oleh Brad Pitt sebagai Jesse.

Jalan ceritanya yang menarik dari awal hingga akhir.
Walaupun banyak kali aku tengok tapi ia tak membosankan.
Sampai sekarang aku rasa nak tengok lagi cerita tu.

Menceritakan kisah di zaman koboi.haha..
Jesse ni jahat orangnya.Orang kerajaan suruh Robert bunuh dia.
Tapi bila dia dah mati orang rasa rindu pulak kat dia.

Haha..Pastu dorang kata Robert ni pengecut sebab cara dia bubuh Jesse tu..
Korang nak tau cerita ini korang tengok lah.
Mungkin korang rasa bosan cerita ini tapi ianya tak bagi aku.

Sunday, May 17, 2009

Mewah!!

Malam semalam aku lepak ngan member aku kat maple biasa la.
Balik tu kitorang main poker depan umah kawan aku.
Rumah dia depan rumah aku je.haha..
Then,main gebang pulak pakai kad trup juga la.

Selepas beberapa pusingan kitorang dah mula bosan.
Pastu kawan aku ajak main ps lawan bola la.
Dia kata jangan terkejut bila masuk bilik dia.
Dah lame gak aku tak masuk rumah dia.

Wahh..transformasi yang sangat besar dalam bilik tu.
Dilengkapi dengan pintu kedap bunyi dan set home theater 360.
Pastu kat dalam bilik itu ada tv plasma,ps3,guitar hero drum and guitar controllers,
camera nikon d80,camera cybershot,laptop,vcd and dvd cakera yang banyak.

Macam2 la ada..mewah betul hidup dia.Sejak kecil lagi dia
dibesarkan dengan serba kemewahan.Sebenarnya ia tak berapa bagus.
Sebab anak itu sukar menguruskan dirinya sendiri bila sudah besar nanti.
Ajarlah anak-anak cara hidup susah sejak kecil serta didikan agama kerana ia
membuatkan anak itu lebih berfikiran matang nanti dan beriman..




Tuesday, May 12, 2009

Kejadian yang nyata di dalam al-Quran

Peristiwa besar dalam Al-Quran Oleh Nasrullah Rahimam@hmetro.com.my
APABILA ulama Mesir, Dr Zaghlul Najjar, tampil menerangkan kejadian runtuhan World Trade Center (WTC), New York pada 11 September 2001 sudah dibayangkan al-Quran, penduduk dunia, termasuk umat Islam sendiri berasa takjub.
Ini kerana tiada siapa pun termasuk perisik Amerika Syarikat sendiri gagal menjangka pesawat akan digunakan sebagai ‘senjata’ bagi meruntuhkan bangunan lambang kemegahan negara berkenaan.
Mengikut kajian Dr Zaghlul, runtuhan WTC turut mencatatkan sejarah hitam bagi Amerika seolah-olah digambarkan menerusi ayat ke 110 Surah at-Taubah dalam al-Quran.Ayat itu bermaksud: “Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka, kecuali bila hati mereka itu sudah hancur. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
Kajian mendapati beberapa fakta mengenai kejadian runtuhan WTC mempunyai kaitan dengan ayat berkenaan antaranya bangunan WTC setinggi 110 tingkat dan peristiwa itu berlaku pada bulan kesembilan Masihi (September) manakala ayat al-Quran berkenaan adalah ayat ke- 110 dari surah kesembilan (at-Taubah).
Persamaan lain, ia berlaku pada 11 haribulan manakala ayat berkenaan berada dalam juzuk ke-11 dan peristiwa berlaku pada 2001 manakala huruf terakhir ayat adalah huruf ke- 2001.

Penjelasan Dr Zaghlul itu meyakinkan umat Islam bahawa isi kandungan al-Quran benar-benar memiliki rahsia tersendiri mengenai kehidupan manusia secara jelas atau memerlukan kajian mendalam.

Hal itu diakui Allah menerusi firman-Nya: “Inilah ayat-ayat al-Quran yang mengandungi hikmah.” (Surah Yunus, ayat pertama).Ayat lain daripada surah al-Hijr, juga ayat pertama bermaksud: “(Surah) ini adalah (sebahagian daripada) ayat-ayat al-Kitab (yang sempurna) iaitu (ayat-ayat) al-Quran yang memberi penjelasan.”

, misteri yang terkandung dalam ayat al-Quran membuktikan kitab suci dan mukjizat terbesar dikurniakan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w itu bukanlah rekaan manusia.

Sebaliknya, penemuan itu seharusnya menambahkan keimanan umat Islam bahawa ayat al-Quran datang daripada Allah s.w.t sepertimana firmannya dalam surah as-Syu’araa’, ayat ke-192: “Dan sesungguhnya al-Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam.”

Selain menunjukkan bahawa al-Quran diturunkan Allah menerusi ayat pertama dari surah al-Qadr iaitu: “Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar.”

Peristiwa runtuhan bangunan WTC tiga tahun lalu bukanlah gambaran pertama al-Quran mengenai sesuatu peristiwa yang bakal terjadi pada masa akan datang.

Sebaliknya, kitab suci itu dikatakan sudah menggambarkan mengenai kebangkitan kembali bangsa Rumawi selepas dikalahkan bangsa Persia dalam peperangan pada tahun 614.

Selepas berakhirnya peperangan berkenaan, turunlah ayat pertama hingga keempat dari surah ar-Rum menyatakan bangsa Rumawi akan kembali menang dalam tempoh beberapa tahun.

Kemenangan bangsa Rumawi terhadap bangsa Persia itu kemudiannya benar-benar terjadi kira-kira lapan tahun kemudian seperti yang diramalkan al-Quran.

Selain gambaran mengenai peristiwa yang bakal berlaku pada masa akan datang, kajian isi kandungan al-Quran juga menunjukkan yang kitab suci itu mengandungi pelbagai ilmu yang melampaui zaman ia diturunkan.

Ini kerana pada zaman al-Quran diturunkan iaitu pada abad keenam, masih belum ada kajian sains mengenai alam semula jadi yang dilakukan menyebabkan masyarakat masih belum mengetahui mengenai ilmu sains dan teknologi.

Kajian mengenai pelbagai rahsia alam bermula kira-kira abad ke-19 dan ketika itulah didapati bahawa segala fakta sains yang ditemui adalah selaras dengan maklumat asas daripada al-Quran.

Antara fakta sains yang ditemui dan terdapat dalam al-Quran adalah semua cakerawala bergerak secara terapung (Yaasiin: 40), bumi bergerak (An-Naml: 88), pokok menghasilkan bahan bakar (Yaasiin: 80), atom adalah benda terkecil (Yunus: 61) dan semakin tinggi semakin sukar bernafas (Al-An’aam: 125).

Fakta lain adalah semua makhluk berpasangan (Adz-Dzaariyaat: 49), proses kejadian manusia (Al-Mu’minuun), kegunaan besi (Al-Hadiid: 25) dan langit yang terkawal (Al-Anbiyaa’: 32).

Selain itu, kajian lain yang dijalankan bagi mencari keajaiban al-Quran mendapati bahawa jumlah sesetengah perkataan berbahasa Arab di dalam kitab itu adalah saling berlawanan.

Antara perkataan berkenaan adalah; dunia yang disebut sebanyak 115 kali manakala akhirat yang turut disebut sebanyak 115 kali, malaikat dan syaitan (88 kali), hidup dan mati (145 kali), faedah dan kerugian (50 kali), kesusahan dan kesabaran (114 kali) serta lelaki dan perempuan (24 kali).

Perkataan lain adalah ummah dan penyampai (50 kali), iblis dan memohon perlindungan daripada iblis (11 kali), musibah dan bersyukur (75 kali), bersedekah dan berpuas hati (73 kali) serta zakat dan berkat (32 kali).

Golongan muslimin dan jihad (41 kali), orang yang sesat dan meninggal dunia (17 kali), emas dan kemurahan hidup (lapan kali), keajaiban dan fitnah (60 kali), minda dan nur (49 kali), lidah dan sumpah (25 kali), nafsu dan ketakutan (lapan kali), bercakap di khalayak ramai dan berdakwah (18 kali).

Jumlah perkataan lain dianggap ajaib dijumpai adalah solat (lima kali), bulan (12 kali), tahun (365), lautan (32 kali) dan daratan (13 kali).

Jumlah lautan dan daratan ini apabila ditukar dalam bentuk peratus bersamaan dengan jumlah sebenar kawasan laut dan darat yang terdapat di dunia ketika ini iaitu 71.111 peratus dan 28.889 peratus.

Misteri dan rahsia yang terkandung dalam al-Quran seharusnya meyakinkan umat Islam bahawa agama Islam adalah agama yang benar selaras dengan rukun iman ketiga iaitu beriman terhadap kitab-kitab Allah.