Other Page :

Wednesday, February 19, 2014

Musnah Binasa

Assalamualaikum,

Pelik bila gua tiba2 nak update blog yang dah lama bersarang sekian lamanya.haha..
Hmm mungkin sebab ada yang ingin dirakamkan.

Pertama, sejak kebelakangan ini gua rasa macam ada something wrong dalam hidup ni.
Entah la tapi makin banyak persoalan yang bermain-main dalam kepala ni dan yang
parahnya bila gua tak dapat selesaikan persoalan tu. Erm..sebenarnya gua nak sangat belajar agama di pondok tapi apa boleh buat kalau ibubapa tak benarkan. Yela "redha Allah terletak pada redha ibubapa"
kan, jadi gua redha dengan ketentuan ni yang mana gua harus melanjutkan pelajaran ke universiti
dalam bidang kejuruteraan. Dulu, gua pernah nyatakan hasrat gua nak masuk mana-mana pesantren
di Indonesia atau pondok di Thailand ataupun di sebelah utara atau timur Malaysia. Namun, hasrat gua terhalang dan sekarang gua jahil sangat-sangat tentang agama.

Sebenarnya tujuan gua nak belajar agama adalah kerana gua nak kenal dengan Pencipta
sekaligus taqarrub (mendekatkan diri) kepadaNya. Yes, that's were my aims. Jadi, bila gua kena masuk universiti gua dapat rasakan yang gua terlalu jauh sangat dengan Dia. Antara faktor-faktornya:

1. Pengaruh kawan yang lalai
2. Sibuk dengan tugasan yg diberikan serta tumpuan kepada peperiksaan
3. Semangat yang lemah untuk mencari ilmu
4. Kurang dorongan dari kawan-kawan (bab agama mula menjadi sensitive untuk dibawa bersembang)
5. Banyak buat hal-hal untuk keduniaan
6. Kurang amalan sunat malah amalan wajib pula masih ada kebocoran
7. dan lain-lain

Kedua, gua rasa macam sekarang ni gua makin teruk. Tak perlulah gua buka aib sendiri kan? Hmm cuma gua rasa kesal dan sedih sangat dengan keadaan gua sekarang. Gua dah tak tahu nak buat apa dah. Sampaikan ada satu tahap sesudah gua solat taubat gua hanya mahu Allah matikan gua daripada gua terus mengulangi maksiat yg sama. Tapi gua tak boleh putus asa dari rahmat Allah dan Dia yang menentukan hidup gua. Jadi gua cuba pujuk diri untuk redha dan teruskan hidup. Tapi takda lah sampai nak bunuh diri. Astaghfirullah..hmm..Semoga gua terus tabah dan sabar dengan mehnah kehidupan dan cuba untuk redha dengan setiap ketetapan Allah. InsyaAllah.

Friday, April 13, 2012

Duhai Sahabat Sejati ku..

"Sahabat sejati" satu kalimah yang membawa pelbagai makna dan yang penting kita semua sudah pun tahu siapa itu sahabat sejati. Kita berkawan dengan ramai orang jadi kita punya sahabat yang ramai tetapi hanya sebilangan kecil sahaja yang kita lebih rapat. Sahabat yang kita lebih rapat ini yang lebih kita percaya, lebih kita kenal budi pekertinya, lebih kita ambil berat dan lebih kita meminta pertolongan daripada mereka.

Namun, sudah dapat dijangka diantara sahabat-sahabat sejati yang kita ada, terdapat seorang sahabat yang lebih sejati..aha..kan?? Biasanya beliau lah yang lebih kita selesa untuk mengadu sebarang masalah. Sahabt sejati ini ibarat keluarga kedua kita dan sahabat yang lebih sejati pula ibarat adik-beradik kita makna kata ibarat isi dan kuku. Jadi, tidak heranlah jika terdapat perbalahan dan pergaduhan diantara kita dengan sahabat kita yang lebih sejati ini.

Malah jika kita lihat sendiri di dalam lumrah kehidupan kita, kita lebih gemar berkawan dengan sahabat kita berbanding adik-beradik kita, kita lebih baik dengan sahabat2 kita berbanding adik-beradik kita. Peranan setiap adik-beradik itu adalah bertanggungjawab di setiap perkara yang terjadi di antara mereka. Oleh sebab itu, layanan kita terhadap adik-beradik kita mungkin agak kasar berbanding sahabat2 kita kerana kita sebenarnya sedang melindungi adik-beradik kita daripada perka-perkara yang buruk berlaku. Jadi, kita sebenarnya akan lebih ambil berat terhadap adik-beradik kita. betul tak??

Sebab itu juga layanan kita kepada sahabat yang lebih sejati seperti layanan kita terhadap adik-beradik. Disebabkan itu, mungkin sahabat kita itu akan cepat terasa dan terluka. Tetapi kita juga yang akan berada disisi beliau dan menenangkan hati beliau lalu meminta maaf. Di situ telah nampak jelas bahawa peranan sahabat yang lebih sejati ini amat-amat sensitif tetapi lebih mesra dengan kasih-sayang.


Friday, November 18, 2011

Balik dari Masjid, Kantoi plak.

Apabila tiba hari jumaat maka para lelaki pakat-pakat pi solat jumaat.
Nasib aku dah gerak awal kalau tidak rasanya dah basah kuyup sebab terkena hujan.

Hujan terus turun dengan lebat semasa khatib membaca khutbah sehinggalah selesai melalukan solat jumaat.
Kemudian hujan mula reda sedikit. Time ni la orang-orang pakat nak balik.
Aku nak solat sunat sekejap kemudian hujan kembali lebat semula. Tersangkutlah aku di masjid tu.

Selepas beberapa minit kemudian hujan mulai reda dan aku pun cepat-cepat nak berangkat pulang. Takutlah lebat balik hujan ni nanti. Semasa aku berjalan kaki ke rumah, pada simpang pertama taman rumah aku ada sebuah kereta keluar dari simpang tersebut. Semasa itu, si driver nak membelok tapi si isteri driver pula sempat mencium pipi si suaminya (si driver) dalam kereta tu. Depan-depan aku dia cium pipi. Aduh jadi segan aku bila ternampak.Haha~

p/s : The moral of this story ; kepada pasangan-pasangan suami isteri di luar sana, cover-cover lah sikit kalau nak bercumbu di public atau di khalayak ramai ye. Kasihan lah kami yang belum kahwin lagi yang sedang melawan nafsu ini. Haha~

Ni yang wat rasa tak sabar nak kahwin ni..huhu~

Sabar dan Sakit


Barangsiapa ingin selamat daripada azab Allah, mendapatkan pahala dan rahmat-Nya dan masuk ke Syurga-Nya, hendaklah dia menahan nafsu daripada segala keinginan dunia, di samping sabar atas segala kesulitan dan musibahnya. Allah menyukai orang-orang yang sabar. Sabar mempunyai pelbagai macam. Sabar melaksanakan perintah-Nya (taat), sabar meninggalkan larangan-larangan-Nya serta sabar ketika mendapat bencana.

  • Sabar kerana taat : Allah memberi 300 darjat di Syurga. (tiap darjat berjarak antara langit dan bumi)
  • Sabar kerana meninggalkan larangan-Nya : Allah memberi 600 darjat. (tiap darjat berjarak antara langit dan bumi ke tujuh)
  • Sabar kerana bencana : Allah memberi 700 darjat di Syurga. (tiap darjat berjarak diantara Arasy dan Tsura)

Dirawikan daripada Nabi SAW, sesungguhnya baginda bersabda, “ Allah telah berkata:

“ Barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia memohon perlindungan daripada-Ku, pasti Aku memberinya sebelum dia meminta. Dan barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia meminta perlindungan kepada makhluk, pasti Ku-tutup semua pintu langit baginya.”


WAJIB : kepada orang yang berakal dengan tidak ragu, tidak mengadu kepada makhluk dan redha atas bencana yang menimpa.

Thursday, November 17, 2011

Engkau Tuhanku dan aku hamba-Mu

Ya Allah, Engkau Tuhanku dan aku adalah hamba-Mu..


Ya inilah kalimah syahadah yang kita selalu sebut dalam bacaan tahiyat ketika solat..kenapa ya?
Yalah kalimah ini merupakan pengakuan kita bahawasanya Allah satu-satunya Tuhan kita dan Nabi Muhammad SAW itu Pesuruh Allah..maknanya dalam sehari kita wajib membuat pengakuan ini di hadapan Allah sebanyak 9kali iaitu:

  • Subuh : sekali
  • Zuhur : 2kali
  • Asar : 2kali
  • Maghrib : 2kali
  • Isya' : 2kali
Keseluruhan jumlahnya adalah 9kali sehari yang wajib. Tapi kalau lebih lagi bagus dan tidak boleh kurang kecuali kepada golongan2 yang mendapat rukhsuh solat atau dilarang bersolat. 

Monday, July 4, 2011

Berubah demi Allah lebih bermakna

Assalamualaikum wbt,

Mungkin ada dikalangan kita yang mempunyai teman-teman yang memulakan hijrah dari keburukan kepada kebaikan. Namun, apa yang mereka dapat selain bimbingan dan sokongan dari teman-teman mereka juga mungkin akan mendapat pelbagai jenis dugaan ke atas perubahan tersebut.

Berdasarkan pengalaman saya, saya diberikan pengajian di sekolah menengah harian. Sepanjang saya belajar di sekolah menengah saya banyak melakukan penghijrahan ke arah negatif dan terlibat dengan masalah-masalah remaja terutamanya keruntuhan akhlak. Yang membuatkan saya menyesal sehingga kini adalah saya pernah mengguriskan hati ibu saya sehingga beliau mengeluarkan air mata. Hal ini membuatkan saya terus berazam untuk menebus kembali dosa-dosa silam yang terlalu banyak.

Setelah tamat pengajian sekolah menengah seterusnya saya melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara dan pada masa ini satu persatu hidayah saya perolehi akibat dipengaruhi oleh sikap-sikap positif yang ditunjukkan oleh kawan-kawan saya. Oleh itu, saya mula tersedar seketika untuk memikirkan apakah tujuan hidup ini?? kenapa Allah ciptakan manusia di dunia yang penuh dengan tipu daya ini?

PAKAIAN TAQWA - pakaian orang mukmin


Apakah pakaian taqwa itu?? seperti yang disuruh Allah..
Video di atas akan menerangkan serba sedikit mengenai pemakaian yang sebenar.
Selamat menonton..peace yaw =D

Sunday, July 3, 2011

Dalam marah ada sabar

Assalamualaikum wbt,

Setiap manusia tidak akan lari dari melakukan kesalahan kerana tiada yang diciptakan Allah cukup sempurna kerana yang sempurna itu hanya Dia. Kerana kesalahan yang dilakukan samada kecil ataupun besar pasti akan menimbulkan kemarahan sesetengah orang oleh kerana nafsu amarah lebih sukar dikawal berbanding dengan sabar.

Kemarahan yang tidak terkawal boleh mendatangkan bahaya kepada sekelilingnya kerana marah boleh menjadikan individu itu hilang punca dan arah sehingga ada yang tidak dapat mengawalnya. MasyaAllah..
Tetapi kemarahan itu boleh dikawal sekiranya dalam fikirannya tidak memikirkan sesuatu yang dapat menjadikan dirinya bertambah agresif. Anggota tubuh badan kita secara automatiknya bertindak mengikut apa yang terlintas di minda kita. Sebab itu kita disuruh untuk sentiasa berfikiran positif.

Dalam masa diri kita sedang kemarahan diselitkan juga sifat sabar dalam diri kita sebagai pengubat kemarahan dan mereka yang sentiasa bersabar adalah mereka yang beruntung, itulah janji Allah dalam Surah Al-'Asr :

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”

Sunday, June 26, 2011

SEBAB-SEBAB YANG MENDEKATKAN DIRI KEPADA MENCINTAI ALLAH SWT

Makhluk yang paling bahagia di akhirat adalah yang paling kuat cintanya kepada Allah SWT, kerana akhirat adalah mendatangi Allah SWT dan bertemu dengan-Nya.
Betapa besarnya kenikmatan pecinta apabila ia mendatangi kekasihnya setelah lama merindukannya dan memandang terus tanpa pengganggu dan penghalang. Bertambahnya cinta mempunyai dua sebab.


Pertama, kosongnya hati dari selain Allah, kerana jika gelas itu dalam keadaan kosong dari sesuatu, ia pun dapat diisi dengan yang lain. Memutuskan kesenangan duniawi dapat membuat manusia menyendiri dan mengagungkan Allah sahaja. Maksudnya hati tidak diisi dengan titik-titik dosa tetapi diisi dengan cahaya keimanan sebagai santapan. Itulah yang diisyaratkan oleh firman Allah SWT yang bermaksud :


Katakanlah, Allah kemudian biarkan mereka.”    (Al-An’am : 91)


Kedua, kesempurnaan makrifat (pengetahuan). Yang pertama misalnya, pembersihan bumi dari duri dan rerumputan. Yang kedua, misalnya,meletakkan benih di bumi. Ia tumbuh dan menghasilkan pohon makrifat, iaitu kalimat yang baik.

Wednesday, May 25, 2011

SOLAT SUNAT ISYRAQ

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, "Sesiapa sembahyang Subuh beerjemaah kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga naik matahari kemudian dia bersembahyang dua rakaat adalah baginya pahala seperti pahala haji dan umrah yang sempurna."

Waktunya : Sesudah matahari naik kadar tingginya sepuluh kaki; lebih kurang jam 8.00-8.30 pagi.

Caranya : Lafaz niat :
"Sahaja aku sembahyang sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Taala"

Pada rakaat pertama membaca al-Fatihah dan al-Kaafiruun dan rakaat kedua membaca al-Fatihah dan al-Ikhlas.

Di akhirnya membaca doa :


"Puji-pujian bagi Allah yang menjadikan hari ini elok dinaikkan matahari dari tempatnya. Ya Allah berikanlah kepadaku kebaikan hari ini, dan jauhkanlah aku dari keburukannya, Ya Allah cahayakanlah hatiku dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Kamu terangkan bumi dengan cahaya matahari-Mu selama-lamanya dengan rahmat-Mu, Ya Allah Yang Paling Pemurah"