Other Page :

Sunday, May 17, 2009

Mewah!!

Malam semalam aku lepak ngan member aku kat maple biasa la.
Balik tu kitorang main poker depan umah kawan aku.
Rumah dia depan rumah aku je.haha..
Then,main gebang pulak pakai kad trup juga la.

Selepas beberapa pusingan kitorang dah mula bosan.
Pastu kawan aku ajak main ps lawan bola la.
Dia kata jangan terkejut bila masuk bilik dia.
Dah lame gak aku tak masuk rumah dia.

Wahh..transformasi yang sangat besar dalam bilik tu.
Dilengkapi dengan pintu kedap bunyi dan set home theater 360.
Pastu kat dalam bilik itu ada tv plasma,ps3,guitar hero drum and guitar controllers,
camera nikon d80,camera cybershot,laptop,vcd and dvd cakera yang banyak.

Macam2 la ada..mewah betul hidup dia.Sejak kecil lagi dia
dibesarkan dengan serba kemewahan.Sebenarnya ia tak berapa bagus.
Sebab anak itu sukar menguruskan dirinya sendiri bila sudah besar nanti.
Ajarlah anak-anak cara hidup susah sejak kecil serta didikan agama kerana ia
membuatkan anak itu lebih berfikiran matang nanti dan beriman..




1 comment: