Other Page :

Thursday, November 17, 2011

Engkau Tuhanku dan aku hamba-Mu

Ya Allah, Engkau Tuhanku dan aku adalah hamba-Mu..


Ya inilah kalimah syahadah yang kita selalu sebut dalam bacaan tahiyat ketika solat..kenapa ya?
Yalah kalimah ini merupakan pengakuan kita bahawasanya Allah satu-satunya Tuhan kita dan Nabi Muhammad SAW itu Pesuruh Allah..maknanya dalam sehari kita wajib membuat pengakuan ini di hadapan Allah sebanyak 9kali iaitu:

  • Subuh : sekali
  • Zuhur : 2kali
  • Asar : 2kali
  • Maghrib : 2kali
  • Isya' : 2kali
Keseluruhan jumlahnya adalah 9kali sehari yang wajib. Tapi kalau lebih lagi bagus dan tidak boleh kurang kecuali kepada golongan2 yang mendapat rukhsuh solat atau dilarang bersolat. 

Kenapa kita harus solat dan membuat pengakuan ini?
Solat itu menunjukkan ketaatan kita kepada Pencipta kita yakni Allah SWT kerana solat menandakan kita melimpahkan rasa kesyukuran yg teramat  atas segala nikmat yang telah diberikan kepada kita. Nabi SAW pernah ditanya mengapa baginda mengerjakan solat? sedangkan baginda telahpun diberikan syurga oleh Allah dan tidak akan dimasukkan ke dalam neraka? Nabi SAW kemudian menjawab bahawa "Aku solat adalah kerana aku memanjatkan kesyukuranku yang tak terhingga atas segala nikmat yang telah aku perolehi."

Masyallah, Nabi yang maksum pun tak putus-putus beribadat kepada Allah inikan pula kita sebagai manusia biasa yang dibelenggu dosa. Sepatutnya kita lebih banyak beribadat kepada Allah kerana kita ini dipenuhi dosa yang bertambah dan perbanyakkanlah memohon keampunan kepada-Nya..

Allah itu sifatnya Maha Pengampun terhadap makhluk-Nya meskipun hamba-Nya datang kepada-Nya membawa dosa setinggi langit, Allah pasti akan mangampunkannya setelah dia bertaubat. Jadi, kita sebagai hamba-Nya tidak perlu sombong dan bongkah sebaliknya kita haruslah segera bertaubat setelah melakukan dosa. Tak susah kot!

"Kita selalu marah apabila ada yang selalu meminta-minta pada kita, tetapi Allah tidak pernah marah sesekalipun kepada hamba-Nya yang selalu meminta-minta pada-Nya bahkan Allah marah jika hamba-Nya tidak meminta-minta pada-Nya."

No comments:

Post a Comment