Other Page :

Monday, July 4, 2011

Berubah demi Allah lebih bermakna

Assalamualaikum wbt,

Mungkin ada dikalangan kita yang mempunyai teman-teman yang memulakan hijrah dari keburukan kepada kebaikan. Namun, apa yang mereka dapat selain bimbingan dan sokongan dari teman-teman mereka juga mungkin akan mendapat pelbagai jenis dugaan ke atas perubahan tersebut.

Berdasarkan pengalaman saya, saya diberikan pengajian di sekolah menengah harian. Sepanjang saya belajar di sekolah menengah saya banyak melakukan penghijrahan ke arah negatif dan terlibat dengan masalah-masalah remaja terutamanya keruntuhan akhlak. Yang membuatkan saya menyesal sehingga kini adalah saya pernah mengguriskan hati ibu saya sehingga beliau mengeluarkan air mata. Hal ini membuatkan saya terus berazam untuk menebus kembali dosa-dosa silam yang terlalu banyak.

Setelah tamat pengajian sekolah menengah seterusnya saya melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara dan pada masa ini satu persatu hidayah saya perolehi akibat dipengaruhi oleh sikap-sikap positif yang ditunjukkan oleh kawan-kawan saya. Oleh itu, saya mula tersedar seketika untuk memikirkan apakah tujuan hidup ini?? kenapa Allah ciptakan manusia di dunia yang penuh dengan tipu daya ini?


Dengan keizinan Allah, Alhamdulillah saya mula bertekad untuk mencari tujuan sebenar kehidupan ini dan sekaligus mencari ketenangan hidup berbanding dengan hidup yg lampau yang penuh dengan kekusutan dan ketidak-tenteraman jiwa. Hal ini memerlukan kesabaran yang tinggi dalam mencari ketenangan kerana perjuangan memerlukan beberapa peringkat untuk mencapai ke darjat yang tinggi dan peringkat demi peringkat akan dihadapi dan diuji dengan dugaan yang juga semakin menigkat tahap kesukarannya.

Mereka yang beruntung dan diredhai Allah sahaja akan mampu meneruskan perjuangan mereka dengan jiwa yang tabah menghadapi dugaan satu persatu. Allah tidak akan menguji hamba-hamba-Nya melebihi tahap kemampuan mereka malah Allah menguji mereka untuk melihat tahap kekuatan iman hamba-Nya. Nikmat kasih sayang Allah yang akan diperolehi selepas itu adalah lebih besar setelah nikmat Islam.

Hal ini perlulah dimulai dengan nawaitu yang betul iaitu kerana Allah SWT kerana niat yang menentukan tujuan dan matlamat kita melakukan sesuatu pekerjaan atau sesuatu perkara. Oleh itu, janganlah kita memperlekehkan atau mengata yang bukan-bukan terhadap kebaikan seseorang itu kerana mungkin niat dihatinya benar-benar ikhlas kerana Allah. Hanya mereka dan Allah sahaja yang mengetahui perkara sebenar dan sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.

Natijahnya, seharusnya kita memberi sokongan kepada orang di sekeliling kita yang berjuang, memberi kebaikan dan berhijrah memperbaiki diri kerana mereka ini sangat memerlukan pertolongan dan bantuan dari orang-orang yang berada disekeliling mereka. Justeru, buang segala sifat-sifat yang tercela dan negatif di dalam diri kita agar tidak mendatangkan syak, ragu-ragu dan juga dosa kepada golongan ini. Insyallah kita sama-sama boleh berubah dan terus istiqomah dengan muhasabah diri selalu agar memperolehi hidayah Ilahi.

Carilah hidayah Allah itu dengan mengusahakannya, jangalah hanya menunggu hidayah itu datang kepada kita kerana nikmat tidak akan diperolehi tanpa usaha. 

No comments:

Post a Comment