Other Page :

Sunday, July 3, 2011

Dalam marah ada sabar

Assalamualaikum wbt,

Setiap manusia tidak akan lari dari melakukan kesalahan kerana tiada yang diciptakan Allah cukup sempurna kerana yang sempurna itu hanya Dia. Kerana kesalahan yang dilakukan samada kecil ataupun besar pasti akan menimbulkan kemarahan sesetengah orang oleh kerana nafsu amarah lebih sukar dikawal berbanding dengan sabar.

Kemarahan yang tidak terkawal boleh mendatangkan bahaya kepada sekelilingnya kerana marah boleh menjadikan individu itu hilang punca dan arah sehingga ada yang tidak dapat mengawalnya. MasyaAllah..
Tetapi kemarahan itu boleh dikawal sekiranya dalam fikirannya tidak memikirkan sesuatu yang dapat menjadikan dirinya bertambah agresif. Anggota tubuh badan kita secara automatiknya bertindak mengikut apa yang terlintas di minda kita. Sebab itu kita disuruh untuk sentiasa berfikiran positif.

Dalam masa diri kita sedang kemarahan diselitkan juga sifat sabar dalam diri kita sebagai pengubat kemarahan dan mereka yang sentiasa bersabar adalah mereka yang beruntung, itulah janji Allah dalam Surah Al-'Asr :

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”


Dalam surah ini Allah memberi jaminan kepada orang yang berpesan-pesan kepada orang lain dengan kesabaran yang tinggi bukanlah tergolong dari manusia yang dalam kerugian. Kerana mereka yang bersabar akan memperolehi nikmat yang begitu indah yang merupakan anugerah dari Allah atas kesabaran itu.


Abul Laits berkata: "Seorang tidak akan dapat mencapai tingkat orang-orang yang baik kecuali dengan sabar atas penderitaan kesukaran dan gangguan dan Allah s.w.t. menyuruh Nabi Muhammad s.a.w. bersabar sebagaimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): "Fashbir kamaa shabara ulul azmi minarrusul." (Yang bermaksud): "Sabar sebagaimana telah sabar para rasul-rasul yang bersemangat besar." 





wallahualam..

No comments:

Post a Comment