Other Page :

Friday, April 8, 2011

Orang-orang yang Beriman adalah Mukmin yang berjaya

Tadabur Surah Al-Mukminun (ayat 1-4)


[1]
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
[2]
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[3]
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[4]
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);



Ulasan secara ringkas dari ana:


Dalam surah ini Allah telah menggariskan tentang ciri-ciri orang yang beriman pada awal surah. Segala kata-kata yang Allah firmankan wajib kita hayati dan mengambil pengajaran darinya agar kita dapat menjadikan diri kita lebih beriman kepada-Nya sekaligus menjadikan diri kita lebih disayangi Allah Insyaallah.

  • Allah memberitahu bahawa mereka (orang-orang yang beriman) akan perolehi kejayaan mahu di dunia dan akhirat. Berjaya boleh diertikan mereka berjaya mendapat syurga Allah yang indah dan juga mereka berjaya mendapat kemenangan serta terselamat daripada bencana.
  • Mereka ini ialah yang sentiasa menjaga solatnya dalam keadaan khusyuk dengan berasa tawaduk kepada Allah kerana hanya solat yang penuh dengan kekhusyukan yang akan diterima Allah SWT. Memberikan fokus sepenuhnya dalam solat akan membuatkan kita merasa kemanisan beribadat. Menurut Imam al-Kalbi,
“Khusyuk itu ialah suatu keadaan di hati di mana dia mempunyai sifat takut, muraqabah (selalu memperhati kan Allah) dan merendah diri kepada kebesaran Allah, kemudian dia mempengaruhi segala anggota yang membawa berkeadaan tetap, seronok melakukan solat, tidak berpaling-paling, menangis dan berdoa” 
  • Mereka juga yang tidak berbuat dan berkata-kata yang sia-sia. Allah tidak suka hambanya lagha dalam setiap waktu kerana perbuatan ini hanya membiarkan masa berlalu dengan bazirnya. Masa yang ada harus diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti melakukan ibadah-ibadah sunat. Percakapan kita harus dilisankan dengan perkataan-perkataan yang dapat memberi faedah kepada diri dan orang lain. Rasulullah SAW bersabda,
"Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam"
  • Mereka ini juga yang membersihkan harta mereka dengan mengeluarkan zakat. Zakat dari segi syarak ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk diberikan kepada asnaf-asnaf yg berhak menerimanya dengan syarat-syarat yang ditetapkan syarak. Zakat adalah salah satu daripada rukun islam yang dapat membersihkan dan menyuburkan harta seseorang serta mewujudkan sifat bersyukur atas nikmat yang diperolehi sekaligus dapat membantu mereka yang dhaif.

No comments:

Post a Comment