Other Page :

Tuesday, March 23, 2010

Khasiat Ikan Kod

Ikan kod merupakan sumber protein terbaik untuk dinikmati. Apa yang menarik, selain membekalkan kandungan protein yang tinggi, ikan kod juga rendah kalori (4 auns hidangan ikan kod membekalkan kira-kira 52.1 peratus protein dengan hanya 119 kalori).

Ia juga membekalkan beberapa nutrisi penting yang lain dan amat bermanfaat kepada kesihatan kardiovaskular anda. Kajian di Amerika menunjukkan bahawa mereka yang makan ikan kod dengan kerap akan membantu mengurangkan risiko diserang sakit jantung. Ikan kod kaya dengan kandungan asid omega 3, vitamin B12 dan vitamin B6 yang diperlukan bagi memastikan kadar homocysteine dalam tubuh berada pada tahap rendah. Ini penting kerana jika kadar homocysteine dalam tubuh tinggi, ia akan memberikan tekanan pada salur darah dan ini akan menyumbang pada serangan sakit jantung.

No comments:

Post a Comment