Barangsiapa
ingin selamat daripada azab Allah, mendapatkan pahala dan rahmat-Nya dan masuk
ke Syurga-Nya, hendaklah dia menahan nafsu daripada segala keinginan dunia, di
samping sabar atas segala kesulitan dan musibahnya. Allah menyukai orang-orang
yang sabar. Sabar mempunyai pelbagai macam. Sabar melaksanakan perintah-Nya
(taat), sabar meninggalkan larangan-larangan-Nya serta sabar ketika mendapat
bencana.
- Sabar kerana taat : Allah memberi 300 darjat di Syurga. (tiap darjat berjarak antara langit dan bumi)
- Sabar kerana meninggalkan larangan-Nya : Allah memberi 600 darjat. (tiap darjat berjarak antara langit dan bumi ke tujuh)
- Sabar kerana bencana : Allah memberi 700 darjat di Syurga. (tiap darjat berjarak diantara Arasy dan Tsura)
Dirawikan daripada Nabi SAW, sesungguhnya
baginda bersabda, “ Allah telah berkata:
“
Barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia memohon perlindungan daripada-Ku, pasti
Aku memberinya sebelum dia meminta. Dan barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia
meminta perlindungan kepada makhluk, pasti Ku-tutup semua pintu langit
baginya.”
WAJIB : kepada orang yang berakal dengan tidak ragu, tidak mengadu kepada makhluk dan redha atas bencana yang menimpa.



